Pengenalan
Beckhoff Automation GmbH & Co. KG, Germany dan Beckhoff Automation Sdn. Bhd., Malaysia (seterusnya dirujuk sebagai “kami”) bertanggungjawab untuk memproses data peribadi pengguna laman web syarikat kami. Maklumat hubungan kami terdapat dalam notis undang-undang di laman web syarikat kami, manakala cara menghubungi kami bagi soalan mengenai pemprosesan data peribadi disenaraikan secara langsung dalam Polisi Privasi Data ini.
Kami memandang serius terhadap perlindungan privasi dan data peribadi anda. Data peribadi anda dikumpul, disimpan dan diguna oleh kami dengan ketat mengikut kandungan Polisi Privasi Data ini dan dengan peruntukan-peruntukan privasi data yang berkenaan, khususnya Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia (“PDPA”).
Polisi Privasi Data ini bertujuan untuk memberitahu anda mengenai skop dan tujuan pemprosesan data peribadi sehubungan dengan penggunaan laman web syarikat.
Data Peribadi
Data peribadi bermaksud sebarang maklumat yang berkaitan dengan orang semulajadi, sama ada secara langsung atau tidak langsung, yang mana seseorang itu dapat dikenalpasti atau boleh dikenalpasti dari maklumat tersebut atau dari maklumat tersebut dalam kombinasi dengan maklumat lain dalam milikan kami. Data peribadi yang diproses oleh kami mungkin termasuk semua maklumat mengenai identiti anda, seperti nama, umur, jantina, kewarganegaraan, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat e-mel,atau alamat pos anda, butiran-butiran lain yang dikemukakan oleh anda kepada kami dari semasa ke semasa dan semua data peribadi lain kami sekali lagi kumpul daripada anda pada bila-bila masa kemudiannya.
Pengumpulan data peribadi
Anda boleh menggunakan ciri utama laman web kami tanpa perlu menzahirkan identiti anda dan tanpa memberikan data peribadi anda.
Justeru kami hanya mengumpul maklumat am tentang lawatan anda ke laman web kami. Walaubagaimanapun, data peribadi anda mungkin dikumpulkan
- Apabila anda mendaftar ke laman web kami;
- Apabila anda menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan di laman web kami;
- Apabila anda mengambil bahagian dalam webinar di laman web kami;
- Apabila anda meminta perkhidmatan dari kami;
- Apabila anda menghantar permohonan pekerjaan kepada kami;
- Apabila anda menghubungi kami dengan pertanyaan, permintaan atau maklum balas melalui e-mel, telefon, borang perhubungan kami, laman web kami secara am, surat-menyurat atau sebaliknya;
- Melalui cookies bagi tujuan penetapan target dan pemasaran semula;
- Apabila anda melanggani bulletin kami; dan/atau
- Apabila anda memberi data peribadi anda secara sukarela kepada kami.
Semasa mengumpul data peribadi, anda hanya perlu memberikan data yang benar-benar penting.
Sekiranya maklumat lain diberikan oleh anda, maklumat tersebut adalah diberikan secara sukarela. Kami akan sentiasa menyatakan sama ada butiran maklumat yang dikehendaki adalah wajib atau merupakan suatu pilihan.Sekiranya anda gagal untuk memberikan kami data peribadi anda yang ditandakan sebagai wajib, kami mungkin tidak dapat memproses data peribadi anda untuk mana-mana satu maksud yang dinyatakan dalam Polisi Privasi Data ini.
Maksud pengumpulan, pemprosesan dan penzahiran data peribadi
Kami hanya akan memproses data peribadi anda untuk maksud-maksud yang telah dimaklumkan kepada anda sebelum data peribadi anda dikumpul atau diproses dan untuk maksud-maksud berikut:
- Untuk menyediakan maklumat yang diminta oleh anda;
- Untuk berkomunikasi dengan anda;
- Untuk memberi perkhidmatan kepada anda;
- Untuk maksud pemasaran dan promosi;
- Untuk mentadbir laman web kami;
- Untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan;
- Untuk menangani pertanyaan atau aduan anda,
- Untuk menyelesaikan sebarang isu atau pertikaian;
- Untuk maksud pembangunan perniagaan;
- Untuk maksud tinjauan penyelidikan pasaran dan analisis trend;
- Untuk mendapatkan nasihat profesional dan menguatkuasakan hak-hak kami;
- Untuk maksud pengurusan dan pentadbiran dalaman;
- Untuk menjemput anda mengambil bahagian dalam acara atau webinar kami;
- Untuk mempertahankan dan menguatkuasakan hak kami dan tuntutan undang-undang;
- Sepertimana dibenarkan di bawah PDPA atau undang-undang dan peraturan lain yang terpakai; dan/atau
- Untuk maksud-maksud lain yang dibenarkan oleh anda atau berhubungan secara langsung atau sampingan dengan yang tersebut di atas.
Penzahiran data peribadi kepada pihak ketiga
Kami mungkin menzahirkan data peribadi anda kepada syarikat kumpulan kami, khususnya, kepada Beckhoff Automation GmbH & Co. KG dan juga kepada pembekal perkhidmatan luaran dan penasihat profesional, termasuk tetapi tidak terhad kepada agen cukai, juruaudit, peguam dan akauntan. , rakan-rakan perniagaan kami, bank, jabatan-jabatan dan/atau agensi-agensi kerajaan, pihak berkuasa pengawalseliaan dan/atau badan berkanun dan pihak ketiga lain untuk mana-mana maksud-maksud yang diyatakan dalam Polisi Privasi Data ini.
Data peribadi anda boleh dipindah ke sesuatu tempat di luar Malaysia dan anda dengan ini memberikan persetujuan anda terhadap pemindahan tersebut.
Tetapan Privasi
Anda boleh mengubah tetapan privasi dan cookie anda di sini.
Hak anda dan hubungi kami
Kami mengambil berat untuk memastikan bahawa pemprosesan data peribadi anda dijelaskan dengan telus mungkin dan anda juga telah dimaklumkan mengenai hak anda. Sekiranya anda memerlukan maklumat yang lebih lanjut atau ingin menggunakan hak anda yang mana anda berhak terhadapnya, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa supaya kami dapat menguruskan permintaan anda.
Hak subjek data
Anda berhak untuk meminta akses untuk dan meminta pembetulan terhadap data peribadi anda. Anda juga berhak untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda dan/atau menarik balik persetujuan anda yang telah diberikan kepada kami sebelum ini (sepenuhnya atau sebahagiannya) untuk memproses data peribadi anda, pada bila-bila masa, tertakluk kepada apa-apa sekatan yang berkenaan dan tempoh masa yang munasabah untuk penarik balikan persetujuan anda dilaksanakan. Jika anda mengehadkan pemprosesan atau menarik balik persetujuan anda kepada apa-apa atau semua penggunaan data peribadi anda, kami mungkin tidak dapat (terus) memproses data peribadi anda untuk mana-mana tujuan dalam Polisi Privasi Data ini.
Sekiranya anda ingin menegaskan salah satu hak anda dan/atau menerima maklumat terperinci dalam perkara ini secara lanjut, sila hubungi pegawai perlindungan data kami.
Butiran pegawai perlindungan data
Kami telah melantik seorang pegawai yang boleh dihubungi untuk membantu kami berhubung dengan masalah privasi data dan dengan siapa anda juga dapat menghubungi secara langsung. Pegawai perhubungan data kami adalah tersedia untuk anda menangani pertanyaan atau aduan yang berkaitan dengan pengendalian data peribadi atau untuk memberikan maklumat lain berkenaan dengan isu privasi data:
Pegawai Perlindungan Data
Telefon: + 49 (0) 52 46 / 9 63 - 0
E-mel: datenschutz@beckhoff.de
Aduan
Sekiranya anda berpendapat bahawa cara kami memproses data peribadi anda adalah tidak mematuhi Polisi Privasi Data atau peraturan perlindungan data yang berkenaan, anda berhak membuat aduan kepada pihak berkuasa pengawalseliaan.
Ketepatan Data Peribadi Anda
Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda berikan kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.
Maklumat tambahan dan perubahan
Pautan ke laman web lain
Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web lain. Pautan ini akan dikenalpasti secara amnya. Kami tidak mempunyai sebarang pengaruh sejauh mana peraturan perlindungan data yang berlaku diperhatikan di laman web yang dipautkan. Justeru kami mengesyorkan agar anda membiasakan diri anda dengan polisi privasi data masing-masing di laman web lain.
Bahasa
Sekiranya terdapat apa-apa ketidak-konsistenan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Polisi Privasi Data ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia.
Perubahan terhadap Polisi Privasi Data ini
Status Polisi Privasi Data ini ditunjukkan oleh tarikh (di bawah). Kami berhak untuk mengubah Polisi Privasi Data ini pada bila-bila masa di masa depan. Perubahan mungkin berlaku terutamanya dalam keadaan modifikasi teknikal pada laman web atau pengkajian semula terhadap peraturan perlindungan data. Versi terkini Polisi Privasi Data ini dapat diakses secara langsung melalui laman web pada semua masa. Kami mengesyorkan agar anda membiasakan diri secara berkala dengan sebarang perubahan terhadap Polisi Privasi Data ini. Dengan terus terlibat dengan kami selepas pengeluaran notis pindaan tersebut, anda dianggap sebagai bersetuju kepada Polisi Privasi Data (seperti dipinda dan dikemaskini).
Versi Polisi Privasi Data: Februari 2024